Saturday, January 2, 2010

Sebut tentang W.A.N.I.T.A lagi...


Rasanya agak terkesan bile membaca penulisan seorang ukhti ni..


Saya adalah seorang wanita. Bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Namun jauh di hati ada ketakutan yang sukar yang disembunyikan. Tatkala membaca hadith-hadith berkaitan wanita, rasa gerun. Takut bila rasulullah berkata kebanyakkan penghuni neraka adalah wanita! Kenapa wanita yang ramai? Tiba-tiba rasa sukar untuk menjadi seorang wanita.


Nak baca lagi...

Mujahidah Solehah..Amin..



Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
Kemudian aku lihat neraka, dan tidak sebelum ini aku melihat sesuatu yang menggerunkan, dan aku Nampak kebanyakkan ahli neraka adalah wanita. Bertanya para sahabat: Wahai Rasulullah, apakah sebabnya? Rasulullah menjawab: Kerana mereka kufur kepada Allah? Baginda menjawab: Mereka kufur (yakni tidak berterima kasih) kepada suami mereka dan kufur (tidak bersyukur) ke atas kebaikan yang telah diberi kepada mereka (oleh para suami). Sekalipun dibuat baik kepada mereka sepanjang hayat, apabila dia (isteri) melihat sesuatu (keburukan) pada kamu, dia akan berkata: Saya tidak pernah melihat sebarang kebaikan pada kamu” ( Sahih Bukhari)

Abdullah Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyakkanlah beristighfar kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak. Bertanya kaum wanita: Kenapa kami yang terbanyak dalam neraka wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Kerana kalian banyak mengutuk dan mengingkari (kebaikan)suami.

Kesimpulannya sebagai seorang wanita seharusnya taat pada suami selagi mana tidak disuruh melakukan syirik dan maksiat kepada Allah.(jika sudah berkahwin) Yang belum berkahwin tu, tak perlulah taat pada tunang atau kekasih. Dari pemerhatian saya, ada segelinitir wanita sudah ‘belajar taat’ sebelum nikah…..Taat pada mak ayah dulu eh….(^ ^,)
Allahu’alam….


"Betui2..taat pada mak dan ayah, Insya ALLAH, akan taat pada suami..Peringatan buat diri saya juga nih...hehe.."


Read More

W.A.N.I,T.A

Try As Possible to make Islam as the way of my life...

Petikan dari blog sahabat..

Suatu hari saya meluahkan rasa hati kepada seorang teman. “Ukhti, ana cemburu pada seseorang”
“Siapa?”Tanya sahabat saya. “Bidadari syurga….”jawab saya. Sahabat saya memujuk. Wanita dunia yang solehah, taat pada perintah Allah dan Rasul juga mulia. Ya. Saya akur. Saya mengerti. Tapi saya tetap cemburukan bidadari di syurga.



Nak baca lagi...


Ya Allah,
Aku takut,
Saat aku membaca ayat-ayatmu,
Air mataku jatuh membahasi pipi,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya (auratnya)kecuali yang (biasa) terlihat............
Aku menangis bukan kerana aku...
Tapi kerana muslimat di sekelilingku
Mereka mengingkari perintahMu,
Mereka lupa suruhanMu,
Mereka bergaya dan membuka aurat,
Mereka membiarkan tubuh mereka diratah oleh mata-mata ajnabi,
Mereka bercanda di taman bersama kekasih hati,
Ya Rahman,
Kuatkan iman mereka,
Mereka benar-benar lupa,
Ya Allah,
Jangan Kau kurangkan imanku,
Sungguh aku lemah,
Aku hanya bergantung kepada Mu, ya Rabb.
Jiwaku ini bertambah gentar,
Tangisan ku makin deras,
Tatkala aku tiba di kalimah mu,
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kamu kerjakan?
Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kamu kerjakan....
Kali ini,
Aku menangis kerana diriku sendiri,
Sungguh Kau berikan aku sedikit daripada ilmuMu yang luas,
Dan aku sampaikan pada manusia,
Tapi aku takut benar,
Jika aku hanya ada ilmu,
Jika aku hanya tahu bercakap,
Tapi satu pun aku tidak kerjakan.
Ya Allah,
Ampuni aku..
Teguhkan imanku seperti mana Kau teguh iman salaffusoleh.....


"Peringatan untuk diriku selalu..."


Read More

Tuesday, December 29, 2009

TAUBATLAH...

Sedang melayari internet, hati saya tersentuh melihat gambar ini




Nak baca lagi...


Melihatkan gambar di atas, kesungguhan si tua yang benar2 menghayati solatnya dalam masa yang sama mesej yang tertera dalam gambar adalah dari Firman Allah swt


"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (Al Furqan:71)

buatkan saya menangis tiba-tiba dengan keadaan saya yang terlalu HINA di kala ini..

Lantas, terdetik di hati saya..TEKAD..saya akan buang jauh2 sikap saya yang buruk itu..Bentak hati saya..!! Saya mahu saya dipandang oleh Allah..Jerit hati saya..Begitu banyak dosa saya dah lakukan..!!Saya tahu itu salah, tapi kenapa harus saya perbuat juga?? Itu menjadi persoalan..Namun saya sudah punyai jawapan..Saya yang lemah, tertawan dengan pujukan SYAITAN DURJANA dan NAFSU yang tidak terkawal..

Sempena dengan keazaman MUHARRAM ini, saya TEKAD..takkan berpaling lagi..Kehidupan perlu diteruskan..Apa-apa pun semua ini, saya anggap sebagai satu ujian buat saya yang mungkin Allah sedang menguji kekentalan iman saya yang bergelar insan yang lemah..

TAUBAT...Itulah sebaik2nya..Kelopak mata digenangi dengan air jernih bila menatap tafsir Al-Quran berbunyi

"Katakanlah, 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'." (Az-Zumar: 53)

Betapala Allah mencintaiku, tapi aku tidak membalasnya dengan bersungguh2..Aku ALPA..Cinta Allah, Cinta yang sentiasa Allah balas...!!! Aku TEKAD...!!

Kuingin mencari teman dengan orang-orang yang baik dan meneladani amalan-amalan mereka, serta menjauhi berteman dengan orang-orang yang membawa aku pada LAGHA.

Shahih dari Rasulullah صلی الله عليه وسلم bahwa beliau bersabda,

اَلْمَرْءُ عَلىَ دِيْنِ خَلِيْلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

"Seseorang itu tergantung agama temannya, maka hendaklah salah seorang dari kalian memperhatikan kepada siapa berteman." (HR. Abu Daud dalam al-Adab, no. 4833; at-Tirmidzi dalam az-Zuhd, no. 2378; Ahmad, no. 8212)

Semoga TEKAD baru dan TAUBAT ini diterima Allah dan selalu bermuhasabah diri itu yang utama..




Read More

Wednesday, December 9, 2009

Kete Impian

Sebut keinginan nak beli kete..mcm2 dalam minda..mcm2 jenis kereta yang kite nak..kete ape yer??hehe..

Namun begitu..untuk saya?kereta apa yang saya nak? stakat ni lesen kereta pn takde, jadi inilah kenderaan yang satu2nya saya pandai tunggang..hehe..


Basikal je la yang dapat saya tunggang buat masa ni..hehehe

Ok, ape2 pn sebagai persediaan perlu juga kita tahu tentang ilmu nak beli kete ape yang menjimatkan sekrang ni..Sumer benda kena bajetkan..Jadi, kali ni saya nak share dengan pembaca yang bakal memilih untuk membeli kereta ape yang jimat...Meh tgk sama2...


Nak baca lagi...
660cc
1) 660 100% city 20km/l
2) Kancil 660 (M) 1999 city 16km/l

850cc
1) Kancil 850 (M) 90% highway 17km/l
2) Kancil 850 1997 (A) 100% city + jam 15km/l
3) Kancil 850 1998 MT) 50% city 50% Hway 12km/l
4) Kancil 850 2006 (M) 100% city 15km/l

1000cc
1) Daihatsu Charade CX 1985 City 100% 14km/l Highway 120km/h avg, 22 km/l
(waynechin)
2) Kelisa (M) 2003, 70% City, 16.2-17.9km/l (jasonwsl)
3) Kelisa (A) 2002, 80% City: 14-15km/l, 20% City: 17-18km/l
4) Kenari (A) 2004, 100% city (puchong to PBD via OKR), 13-15km/l
5) Perodua Myvi (M) 2005, 50% City, 15.6km/l


1100cc
1) Tiara 1997 100% city 14km/l
2) Tiara 2000, 100% KV, 18.2km/l

1200cc
1) Fiat Punto Speedgear CVT, 2001, 1242cc, Urban=13-15km/l, Hway=19-
21km/l (Driver + 1 passenger + no load)
2) Proton Savvy, M, 2005, 100%city, 18km/l

1300cc
1) Hyundai Getz 1.3(A) 2003, 100% city, the best is 10.50km/l (very
sedate driving, RPM never above 3000rpm, mostly 2000rpm when cruising),
90% highway, 10% city, 14km/l
2) Nissan Sunny 130Y, short drive-11km/L ,city drive-12.3KM/l, Hway
14.03KM/L (ShiftXtrem)
3) Proton Saga LMST A/B M @ 100% city - 13km/l.
4) Proton Satria (M) 1997, CT = 12km/l, HW = 14km/l (zx4948)
5) Proton Iswara A/B M 2002, 10% city, 90% HWay, avg 20km/l (w perf
plugs+cyclone + BP)
6) Proton Iswara A/B 2000, varies from 14.9km/l-17.8km/l
7) Perodua Kembara, A, 2002, 100%city, 11km/l
8) Perodua Kembara, M, 2004, 100%city, 14km/l
9) Proton Wira A/B, M, 2000, 30%city 70% HWay, 17km/l
10) Proton Wira A/B, M, 2001, avg from 80kkm: 13.5km/l, 100%highway,
17km/l
11) Proton Wira A/B 1998 (Avg FC since bought) 13.9 km/l
12) Proton Iswara A/B 2001, short distance drive 11.5km/l

1400cc
1) Citroen Berlingo, MT, 2003 50%City, 50% Hway, 12km/l

1500cc
1) Honda City iDSI 2003, Mixed driving, 11KM/L
2) Honda City IDSI 2003, 90% city + 10% Hway, 18KM/L.
3) Honda City iDSI 2003, CT=14~15 km/l, HW=18 km/l (KL-KB via gua
musang): below 110 km/h)
4) Honda City 1.5 (M) 1997 mixed driving 14km/l to 16km/l
5) Honda City 1.5 1999, Mixed driving, 11.38km/l

6) Honda City vtec 1.5 2005, Mixed driving, 17 KM/L
7) Honda City TypeZ, 2000 Auto, 50%Hwy 50% City, light foot, rpm<2.5k,>
14km/L
7a) Honda Jazz VTEC 2005 (205/45/16 tyres):
- 12.75km/l, 70% city, 30% highway (light throttle, ~100kph, rpm <3k)>
- 11.8km/l, 70% city, 30% highway (HEAVY throttle)
8) Hyundai Accent (M) 2004, 90% HWay, 10%city, 13.5 km/l
9) Hyundai Accent (A) 2004, 90% HWay, 10%city, 12.3 km/l (kingkong2)
10) Kia Sephia 1999 (Average FC since bought) 10.9 km/l
11) Proton Saga (M) 1992, CT = 11km/l, HW = 13km/l (zx4948)
12) Proton Iswara (M) 1998 city 8.5km/l
13) Proton Iswara (A) 2000, 100% city, 10km/L
14) Proton Iswara (A) 2002, mostly city driving, 9.0km/l
15) Proton Wira Sedan (A) 2001, 70% City: 11.5km/l, 20% City 13.5km/l
16) Proton Wira,Sedan (M),1997, 60:40 City:H'way,10.8km/l
17) Proton Wira, (A), Sedan, sub-urban (50% speed 50% jam), 12.4 km/L
18) Proton Wira, (M), Sedan, 70:30 H'way:city., 13 km/l (Highwayman)
19) Proton Wira, (A), 100% city, 10km/l
20) Proton Wira, A/B (A), 60%/40% city/HWay, 12km/l
21) Proton Wira SE (M) 2005, 100%city 10.48km/l (0009)
22) Suzuki Swift 1.5(A), 100% city - 11.7km/L, 100% h'way - 16.5km/L
23) Toyota Vios 1.5G Mixed-HWay + city 13.5 km/L
24) Wira 1.3 GLi (M) 2000, 13km/l, Odometer >225k, average consumption.

1600cc
1) Chevrolet Optra 1.6 (A) 2004, 100% City, 9km/l, Hiway, 12km/l
2) Citroen C3 1.6 Sensodrive, 100% Klang Valley, 15.25km/l
3) Kia Spectra 1.6 (A) 2002, mostly city driving, 10.5km/l
4) Kia Spectra 1.6 (A), city driving 10km/l, 100% highway 13km/l
5) Ford Laser Lynx XL 1.6(M) 2002, 100% Klang V-14 km/l, 100%,HWay-13 -
17km/l
6) Ford Laser Lynx (A) 1997, Urban 10km/l, long distance 12km/l
7) Nissan Sentra N16(A), 12.5km/l Average speed 80kph (Joxeph)
8) Nissan Sentra (A), 2004, 100% Klang Valley, 11.3km/L
9) Nissan Sentra 1.6(M) 2005, HW=14.5km/l (zybisko14)
10) Nissan Sentra 1.6(A) 1998, Mix=12km/l
11) Nissan Sentra 1.6(M) 1999, Mix=12.4km/l
12) Nissan Sentra 1.6(A) 2000, 100% Klang valley, 11.5km/l
13) Nissan Sentra 1.6(A) 2001, 100% City, 11-12km/L, 100%Highway, 14-
15km/L
14) Nissan Sentra 1.6(A) XE 2001, 10-12km/L mix-driving,14-16km/L HWay
15) Nissan Sentra 1.6(A) SG-L, 100%hway 18km/l, 100%city 12km/l, mileage
2k+
16) Nissan Sentra 1.6 SG-L 2003 100% Penang City Driving 9.5km/L
17) Proton Gen 2 1.6(M), 2004, average 15km/l (Feeraa7778)
18) Proton Wira 1.6XLi(A) 1996, mostly city driving, 9.1km/l
20) Proton Wira 1.6XLI AB (A) 2000, CT = 8-9km/l, HW = 12km/l (zx4948)
19) Proton Wira 1.6 A/B 2000, 50% highway + 50% city, 12.5km/l
21) Proton Waja 1.6 (A), mixed 14.17km/l. (Apek)
22) Proton Waja 1.6 (M), 2001, CT = 12km/l, HW = 14km/l (zx4948)
23) Proton Waja 1.6 (A), 2002, 60% Highway, 12KM/L (Kenwaja)
24) Proton Waja 1.6 (A), 2005, EV, 50 city , 50 suburban 9.5km/l
25) Proton Waja 1.6 (A), 2003, 100% City driving - 7.5 km/l
26) Proton Waja 1.6 (A), 2000, Mix=8.7 Km/L with 50/50% city/Highway
(scqs1995)
27) Toyota Corolla 1992 AE101 1.6(M), ODO 20x,xxxkm, 100% ct (severe
start
stop) 10.5km/L, 100% hw (100~110km/h) 16.5km/L (xxx2299)
28) Toyota Corolla SEG 1996 AE111 1.6(M), 80% City = 15.4km/L, 80% H'way
16.8km/L
29) Toyota Corolla SEG 1999 AE111 1.6(A), 40% City 60% Highway 12.8km/l
30) Toyota Corolla SEG 1995 AE101 1.6(A), ODO 250,000km 10km/l 100%
ct ,very severe start stop.
31) Lancer 1.6 CVT, 15km/l, driving less than 110 km/hr on highway + old
trunk road + town.
32) Peugeot 307SW 1.6, 8.67 km/ltr (90% typical town driving), 12.5
km/ltr
(95% highway, average 110 kmh)
33) Ford laser 92 1.6 100% city 12.8 km/l use Mobil's petrol for more
kilometer

1700cc
1) Honda Civic 2005, 100%hway 15km/l, 100%city 11km/l, mileage 8k+
2) Honda Civic VTEC(A) 2001, CT = 12km/l, HW = 16km/l (with NGK BKR6E-GP
SP) (zx4948)

1800cc
1) Chevy Optra 1.8LT, hwy 12+km/l, 100% city 8+km/l
2) Chevy Nabira 1.8, highway 14km/l
3) Ford Laser Lynx TX3 1.8 DOHC (M) '95, 100% Klang Valley +- 10Km/ltr
4) Proton Wira 1.8 SOHC (A) '96 100% City 8km/ltr
5) Proton Putra 1.8 DOHC (M) '97 100% City 12.5km/ltr (1km = 0.08 ltr)
6) Proton Putra 4g93t (M) '01 urban - 7.5-8km/liter,
7) Proton Satria R3 Stage.2 (M) '04 City 11.76km/l Highway 14km/l
8) Proton Satria GTI (M) '01 City 9.5km/l Highway 10.7km/l
9) Proton Waja 1.8 (A) 2004, CT = 11km/l, HW = 13km/l (zx4948)
10) Nissan Sentra 1.8(A)GXE 2001,Tjg Tokong-Bayan Lepas,Penang,10.3km/l
11) Peugeot 306STA 96 City 8-9km/L, Hiway 14km/L
12) Kia Carens (A) h/way 12km/l, city 9.5km/l (Emmzek)
13) Opel Vectra 1.8GL (A) 1997 - Klang Valley 10km/litre
14) Hyundai Elantra 1.8 (a)2003 - mixed highway/city 10.2km/ltr
15) Toyota Altis 1.8 (A) 2003, CT = 12km/l, HW = 16km/l (zx4948)
16) Toyota Altis 1.8 (A) 2005, City = 11km/l, highway = 17km/l
17) Toyota Corona 1.8 GL 1983 - City 5.5km/l
18) Honda Civic 1.8 iVTEC (2006) -100% CT =11.2km/ltr, mix CT 20%/hway
80% =14km/ltr
19) Mercedes Benz C180 2004, 100% City = 8-9km/ltr

1900cc
1) Citroen Xantia 1.9 Turbo Diesel = 12km/l city, 16km/l highway

2000cc
1) Audi A4 2.0 TFSI 2005 CT=8.9km/l HW=13.1 km/l
2) Citroen ZX 2.0 Volcane (M) 1997, CT = 10km/l, HW = 13km/l (zx4948)
3) Citroen ZX 2.0 (A) mix 10km/L
4) Citroen Evasion 2.0 (M) 10.0km/l urban, 13.5km/l highway ; 7st MPV
5) Fiat Ulysse 2.0 16v (A) 9.0km/l urban, 14.0km/l highway ; 7st MPV
6) Ford Lynx RS (A) 6km/l urban,12km/l highway
7) Honda Stream IVS 11.2 km/l the best (20% highway 80% shah Alam area)
8) Honda CRV CT=7.8km/l, HW=10.2km/l
9) Honda CRV iVtec 9.5km/l mixed (2004 mileage 26000km)
10) Honda CRV iVtec 2004 mixed 9.5km/l
11) Mazda 6 2.0 A, mix 10km/l
12) Nissan Xtrail 2.0 2005 50%city, 50%Hway, 2005 9km/l (mileage 7000)
13) NISSAN CEFIRO, A, 2004,80%city 20%highway, 8km/l
14) NISSAN CEFIRO, A, 2004,0%city 100%highway, 11km/l
15) Peugeot 206CC 2.0M KL 12.46km/l
16) Peugeot 405SRI 2.0M 10km/l urban, 13.2km/l highway ; 5dr saloon
17) Peugeot 806SV 2.0M 9.5km/l urban, 13.5km/l highway ; 7st MPV
18) Peugeot 406DLX 2.0A 9.6km/l 70%-city (1997; mileage = 209000km)
19) Proton Perdana 2.0A V6 urban 7.2km/l
20) Proton Wira 2.0D(M), 14.3km/l, Average speed 80kph
21) Scorpio 2.0 petrol, MPV 7 seater, KL driving 9km/l
22) Toyota Camry 30% Hway, 70% city, at best managed 9.3 km/l. (RobertNg)
23) Toyota Corona 2.0 CT=10km/l HW=15km/l
24) Volvo S40 2.0 A (non turbo) CT=9.5km/l HW=13km/l
25) Peugeot 605 SVi 2.0(M) 8.6km/l (100% town & short dist only)

2200 cc
1) Honda Accord 2.2(A) SOHC 16V mixed 12km/l
2) Toyota Camry 2.2GX (A) (80% city bumber 2b crawl, 10%urban, 10%
highway)12.2km/l
3) Toyota Camry 2.2GX 1997 CT=8km/l HW=14km/l
4) Toyota Camry 2.2GX 1997 (mixed 9 to 10 km/L)

2300 cc
1) Audi 100 2.3E (A) inline 5 cylinder 8.5km/l urban, 11.6km/l highway
2) Ford Escape 2.3 CT=8.2km/l, HW=9.8km/l 110-120 kph
3) Volvo 855 T5 (2.3L HPT) 5 cylinders, Pure Hiway: 8.2L/100kms travelled
(less fuel consumed is still possible) Pure City: 15-16L/100kms
travelled.

2400 cc
1) Honda Accord 2.4 (2005) highway 12km/l 8km/l
2) Volvo S40 2005, mixed city/highway 10 to 12km/l

2500 cc
1) BMW 525i (2005) City 9km/l, highway 13km/l
2) Ford Ranger XLT Diesel, mixed city highway 8.7km /l
3) Ford Ranger XLT(A) Diesel, 100% city 9.5km/l, 100% highway 12.5km/l
4) Isuzu Dmax 2.5 Diesel, HW=18.4Km/l
5) Kia sorento (2004) Diesel, CT=9.5km/l HW=11km/l
6) Nissan Frontier 2.5D, CT=10.5km/l, HW=13.5km/l@85-95kph, 11.5km/l@105-
115kph
7) Toyota Hilux SR 2.5D (A), done 55,000km, Mix=13.5km/l crusing between
2 - 2500 rpm.

2700cc

2800 cc
1) Mitsubishi Pajero V46 (A) 6.5-8.00km/L mixed,8-9km/L Highway.
2) Mitsubishi Pajero V46 (A) Diesel 8.68km/l Average speed 80kph

3000 cc
1) Honda Accord 2-door 7-gen 3.0, mixed driving 9.5km/l
2) Honda Accord 4-door 7-gen 3.0, city driving 8.5km/l


Read More

Makanan dan minuman kita mungkin mengandungi bahan dari babi

Banyak bahan-bahan yang diperbuat dari babi.
Hati-hati ketika membeli makanan dan minuman.
Antara bahan yang mengandungi bahan dari babi.

Nak baca lagi...





1- Ais Krim - mengandungi gelatin, sejenis protein
tidak lengkap diolah dari kulit, tendon
dan ligamen haiwan

2-Mentega rendah lemak - mengandungi gelatin tekstur mentega

3-Jus buah - gelatin yang digunakan untuk menyerap
elemen berkeladak dan memberikan
air jus semakin jernih

4-Roti - Protein dari rambut babi untuk
melembutkan doh

5-Kapsul gelatin - Mengekalkan bentul kapsul supaya
sentiasa keras. Biasa digunakan
dalam ubat kapsul

6-Insulin - Diekstrak dari pankreas babi,
strukturnya hampir sama dengan
insulin manusia

7-Yogurt - Sebahagian yogurt menggunakan
kalsium dari tulang babi

8-Ubat gigi - Gliserin dari lemak tulang digunakan
untuk mengekalkan tekstur ubat gigi

9-Energy bar - Kolagen yang dirawat adalah sumber
protein murah yang mudah didapati di
pasaran

10-Krim keju -Gelatin untuk mengekalkan tekstur

11-Gula-gula - Gelatin porselin digunakan sebagai
agen pengikat dan pengeras supaya
tekstur makanan tidak berubah seperti
dalam chewing gum, gula-gula getah


Read More

Monday, October 5, 2009

Teng..Teng..Teng..!!

Dengan ini mengumumkan penulis blog ini....





Nak baca lagi...

beristirehat seketika untuk 'mengampui' pelajaran dan subjek yang bakal di uji pada peperiksaan akhir yang bakal menjelma yakni pada tanggal 26hb Oktober 2009 - 15 November 2009. Segala urusan dengan meng'update' blog ini akan direhatkan seketika...Almaklumla dah final year..Doakan kejayaan saya..

Protaz Akaun,

Kak YOng...



Read More

Wednesday, September 30, 2009

Ujian untuk Aku??

"Kehidupan bukanlah satu garis lurus, Bukan jalan yang tiada bersimpang, Bukan saliran yang tiada bercabang.. Kehidupan itu garisnya bengkang-bengkok, Penantian di hadapan tak dapat dijenguk, Tak kuat iman selalu mengamuk, Lemah jiwa hati remuk..Kehidupan itu bersimpang-siur dengan jalan, Setiap satunya ada petunjuk di permulaan, Buta hati salah pilihan, Jalan mati tak ikut arahan.. Kehidupan itu lautan luas, Sentiasa bergelora arus buas, Pandai berenang takkan lemas, Takkan sesat bersama kompas.."

Meluahkan masalah/ujian menimpa salah satu cara mengurangkan tekanan dalam diri
dan carilah sahabat yang selalu mengingatkan kita
Ujian itu Tarbiyyah dari Allah


Nak baca lagi...

Begitulah...kehidupan ini penuh onak dan duri...seringkali silih berganti ujian melanda diri~namun pada hakikat segalanya adalah kehendak ILAHI..untuk menguji sejauh mana kekentalan iman dalam diri...

"Bila kau memandang sesuatu dari TUHANmu yang menciptakan segala sesuatu, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, surat menyusahkan hidupmu,
pasti akan damai hatimu krn masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segala sesuatu yg sia2. bukanlah ALLAH tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu,

tp mungkin itu yang DIA mahu krn DIA tahu hati yg sebeginilah selalunya lebih lunak dan akrab padaNYA...."

ya!sungguh~begitu terharu dan amat terkesan dalam jiwa! "inna nashruLLAHI qareeb" inikah bantuan dr ALLAH utkku YAKIN akn ganjaranNYA?
"................................"
ya ALLAH...
selama ini begitu besar nikmatmu,x terkira hebatnya kekuasaanMU,
thabatkan aku di jalanMU ini..
thabatkan hati2 muslim yang mengikat padu janjinya denganMU..
untuk bersama membangunkn daulah islam
"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya islam akan tertegak dibumimu" (hasan alhudaibi)

Mari kita renungkan ujian yang menimpa Nabi Ayyub a.s

Beliau diuji dengan penyakit yang menimpa tubuh badan. Penyakit yang bukan sahaja menjadikan fizikal baginda derita menanggungnya, bahkan ia membawa pula kepada kehilangan harta benda dan ahli keluarga.

"Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan” [Shaad 38: 41]

Namun Allah SWT menjelaskan bahawa Ayyub ‘alayhi al-Salam itu adalah HAMBA-NYA. Itulah ‘alasan’ yang sudah cukup untuk menjelaskan betapa Allah SWT Maha Berkehendak, Bebas mengenakan apa sahaja ujian ke atas orang-orang yang beriman. Kerana kita semua ini HAMBA.

Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh duji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Dia kehilangan diri kerana segala-galanya adalah ketentuan tuannya. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.

Selayaknya kita diuji… bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.

Namun yakinlah, setiap sesuatu ujian itu sudah pasti ada hikmahnya..kerana ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

Anda sebagai pelajar yang berjuang ada digantung biasiswa, dibuang universiti, diuji dengan gagal dalam peperiksaan, atau diuji dengan keluarga yang memusuhi Islam.


Anda sebagai pekerja yang berjuang bimbang dibuang kerja, tetapi anda diuji dengan anak yang terpengaruh dengan rakan sebaya hingga menjadi pelesit bangsa.


Apakah anda masih ada muka untuk istiqamah di jalan perjuangan ini, andaikata ujian yang datang bukan kerana anda berjuang?


Syaitan akan membisikkan rasa aib, malu, rendah diri, kecewa… sebagaimana syaitan membisikkan perkara yang sama.Kerana itu Ayyub ‘alayhi al-Salam berkata seperti yang terakam di dalam al-Quran, ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan”.

Dalam perjuangan bukan hanya BERANI yang menjadi bekal, malah CERDIK dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata.


Ketahuilah pertimbangan pendakwah bukan hanya pada ujian peribadi, kesakitan, kerugian atau ketakutan. Perjuangan bukan hanya teruji dengan hal-hal yang sedemikian itu.

Justeru, ujian di sepanjang jalan perjuangan ini perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yang dihafal dalam manhaj Tarbiyah yang diberi.

Pendakwah harus sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yang sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dengan ujian itu.




Dia itulah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun [Al-Mulk 67 : 2]


Kehidupan dan kematian telah dijadikan Allah memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang, dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu.


Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya!

Dengan itu,

1)Setiap manusia pasti ada ujian masing2 dan mengikut tahap keimanan mereka samada utk dikifarah dosa2 lalu dan ditingkatkan darjat atau utk dihina bg yg x beriman.

2)Jangan rasa kita tiada ujian berat kita ini mulia disisiNya. Maka segera rasa lah risau dan bimbang dlm hati adakah Allah masih sayangkan kita?

3) Jangan pandang diri yg diuji itu adalah hina dan lihat pada sudut negatif kerana yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

p/S: Petikan dari beberapa perkongsian dari blog2 sahabat dan yang pastinya, tajuk kali ini renungan buat diri ini yang bergelar HAMBA ALLAH..


Read More

Friday, September 25, 2009

Hantaran Oh Hantaran!!

Pernikahan ala sederhana itula sebaiknya

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.

Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...



Nak baca lagi...

Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.

Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.

Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.

Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...

Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.

Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.

Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.

Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.

Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...

Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.

“Permudahkan, jangan dipersulitkan”

Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,

“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami’, 2/251)

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)

Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.

Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur’an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi’ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?

Jawablah sendiri...

Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.

Syari’at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.

Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya...” (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban.” (Surah an-Nisaa’, 4: 24))

“Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut.” (Surah an-Nisaa’, 4: 25)

Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)

Maka,

“Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan...” dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.

Menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)

Wallahu a’lam.



Read More

Friday, September 18, 2009

Sunnah di Eidul Fitr


Salam Lebaran buat semua Umat Islam

Salam lebaran Eidul Fitr

Buat keluarga di Sabah, sanak saudara di Perak, Penang, Terengganu, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Egypt, Scotland, Massachusets, kesimpulannye sumer negara la..Semua yang Umat Islam..Ini kad ucapan buat antum sumer.. :D

Di samping menyambut hari raya, amalkan sunna Rasulullah..Di sini di sertakan antara amalan sunnah pada hari raya yang saya dapatkan dari email salah seorang sahabat saya untuk perkongsian kita bersama...

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ


Nak baca lagi...

Amalan Sunnah Di Hari Raya Eidul Fitr


Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan; 'Eidul Fitri dan 'Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata, Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, "Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; 'Eidul Adha dan 'Eidul Fitri'.� (Hadith Sohih: Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)

Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah pada hari raya:-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya.

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya 'Eidul Fitri, dan 'Eidul Adha.� (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qayyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbaiknya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk solat 'eid (hari raya) dan solat Jumaat…�

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan murah (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru! Perkara ini perlu disampaikan kerana ada anggapan yang salah yang menyusahkan sebahagian masyarakat yang berekonomi rendah.

3) Menjamah makanan sebelum/selepas keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya 'Eidul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada 'Eidul Fitri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada 'Eidul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.� (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tempat Solat Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah ialah engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.� (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (pergi dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.� (HR. Bukhari 986)

6) Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat

“Nabi s.a.w apabila pada hari raya 'Eidul Fitri, beliau bertakbir sehingga sampai tempat lapang (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.� (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)

Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan takbir secara kuat ketika berjalan menuju lapangan sebagaimana dikerjakan oleh kaum muslimin, sekalipun majoriti mereka sudah mulai meremehkan sunnah ini.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya 'Eidul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

7) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya :" Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabbalallahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

8) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim


Read More

Wednesday, September 16, 2009

Sesat dalam CINTA dan RINDU..


Cinta halal dan sihat hanya selepas nikah - kata doktor CINTA


Lagi perkongsian dari ummiku sayang..Muhasabah buat diriku dan rakan-rakan pembaca...



Nak baca lagi...

Manusia secara fitrahnya memang tidak boleh dipisahkan dari memiliki sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan seumpamanya. Dengan sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan kita ini bernama manusia. Malah ditambah lagi dengan keistimewaan kemampuan berfikir. Tidak cukup dengan itu, diberi pula panduan dalam mengharungi setiap perjalanan kehidupan. Cukup istimewa kita ni...

Berbalik kepada tajuk, aku tidaklah mahu menulis dengan panjang untuk kali ini, tetapi sekadar mahu meluahkan apa yang aku terfikir dan terlintas di benak hatiku. Iaitu di mana begitu ramainya manusia tenggelam dalam rindu, sesat dalam cinta tidak ketahuan.

Janganlah kita menjadi seumpama kaum Nashara (kristian) yang disesatkan oleh Allah lantaran mengakui cintanya kepada Allah namun mengakui bahawa Tuhan itu “Three in One” malah mengakui bahawa Tuhan itu memiliki anak. Subahanallah, Maha Suci Allah dari semua itu dan Allah sendiri menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak atau pun diperanakkan.

Jangan pula kita menjadi seperti golongan yahudi yang dimurkai oleh Allah akibat cintanya yang berbolak balik kepada Allah. Dimurkai Allah juga kerana banyak berdalih.

Malah Yahudi dan Nashara masing-masing mengakui bahawa Yahudi itu tidak benar cintanya kerana tiada berprinsip, begitu pula sebaliknya iaitu Yahudi juga mendakwa bahawa Nashara itu tiada mempunyai pegangan. Padahal, Allah sudah memberikan kepada mereka kitab yang bertujuan menjadi petunjuk buat mereka. Tetapi mereka berdua sama sahaja, tanpa rasa gementar mengubah pelbagai isi kitab-kitab mereka.

Sungguh menghairankan bahawa tradisi Yahudi dan Nashara itu pada zaman ini telah pula diikuti oleh kaum yang majoritinya dari bangsa parsi yang empayarnya pernah tumbang di tangan Islam suatu ketika dulu. Lalu, majoriti mereka yang taksub turut masuk ke dalam Islam, dengan berpura-pura cintanya kepada Islam. Namun, mereka tidak ubah hanya menunggu masa untuk membunuh Islam dan pencintanya dari dalam kalangan masyarakat Islam yang ikhlas dan mukhlis. Lalu menjadilah mereka golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dengan bermazhab Syi'ah di Iran. Membina negara yang kononya mengamalkan perundangan Islam atas nama sebuah negara republik. Namun, hakikatnya terang-terang bahawa mereka adalah musuhnya umat Islam bagi mereka yang memiliki bashirah dan ilmu yang benar terhadap Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Apa lagi yang mahu dihairankan bagi mereka yang memahami bahawa jelas-jelas sekali mulut-mulut mereka berkumat-kamit bersuara seakan-akan lantang menggegar langit mencanangkan mencintai Ali dan Husein r.anhum., hakikatnya hanya pandai meratap dan menghinakan diri di perkuburan tanah karbala berpandukan ritual syirik yang langsung tidak pernah direstui oleh Ali dan Husein sendiri sama ada semasa hayat dan matinya. Membangunkan ritual-ritual yang entah dari mana sumbernya dengan menzalimi dan mencederakan diri sendiri bagi tujuan bermandi darah dengan harapan mampu membina semangat rindukan dan cintakan Ali, Husein, dan sekalian para imam mereka. Sungguh karut dan keji sekali perbuatan mereka ini. Sungguh lebih keji lagi, mereka tanpa berselindung mengkafirkan para sahabat yang dicintai oleh Nabi kita sendiri yang mendapat jaminan (diredhai) wahyu akan peranannya seperti mana termaktub dalam surah at-Taubah ayat ke 100. Ini boleh dilihat ke dalam kitab-kitab dan melalui pengakuan lidah-lidah mereka sendiri.

Begitu jugalah kita, sungguh pelik kita apabila dipersoalkan perihal cintanya kita kepada Allah namun dia meninggalkan sunnah Rasul-Nya. Iaitu dengan mengadakan sesuatu perkara yang lain dari yang diajarkan oleh beliau s.a.w. Mengadakan-adakan suatu kalam yang baru sebagai fakta akurat untuk menyokong kedudukannya yang mengaku cintakan Allah dengan berpandukan mimpi dan yaqazah sebagai sumber fakta selain al-Qur’an dan sunnah.

Malah, kita mengakui mencintai Rasul bernama Muhammad, namun sungguh tidak kena dan pelik apabila kita menzahirkan cinta kita hanya setahun sekali dengan berpesta perarakan Maulidan dan bernyanyi lagu berzanji yang mengandungi kalimah-kalimah yang membahayakan aqidah yang murni. Malah tidak sekalipun para ilmuan hadis itu menyampaikan kepada kita akan adanya suatu riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi kita mengajarkan perayaan dan pesta yang sepertinya itu. Tidak terfikirkah kita, bahawa apakah benar ia merupakan sunnahnya para manusia pendahalu kita dari kalangan pendamping terdekat Nabi s.a.w. sendiri dari kalangan para sahabat-sahabatnya. Tidakkah kita menyelami dan memperhatikan bagaimanakah halnya mereka mempersembahkan rasa cinta dan rindu kepada Nabinya?

Sedangkan pengaku cinta Allah, seharusnya memperhatikan seruan ini:

“Katakanlah (Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran 3: 31)

Begitulah juga kepada perihal dan persoalan setiap yang lainnya dari segala persoalan di muka bumi ini. Banyak lagi kisah-kisah sesat dalam cinta dan rindu.

Seumpamanya sang pemuda yang mengakui cinta kepada seorang gadis perawan, lalu diluahkan dengan mengajaknya ke taman-taman bunga berpeleseran dan ajak beraksi dalam adegan cumbu. Tidak kurang juga yang terus sesat ke dalam bilik-bilik hotel dan rumah-rumah sewa kosong melainkan mereka berdua dengan ditemani makhluk ghaib yang juga telah mengakui sesatnya. Apakah begini munasabahnya citra seorang pemuda yang baik dan penuh tanggungjawab?

Sedangkan telah termaktub dalam kalam Tuhannya bahawa kalau benar manusia itu jatuh cinta dan rasa kepada pasangannya dan rasa ingin kan memiliki pasangan dengan jalan yang benar, maka disuruhnya menikah dengan jalan yang sah.

Baru semalam pula aku mendapat cerita dan khabar dari seorang pembaca blog-ku bahawa ada sekumpulan manusia yang mangakui cinta Allah dan Rasul, melakukan aktiviti ritual dengan berzikir berjemaah yang menggunakan theory Quantum fizik. Aku pun jenuh hendak mengerti persoalan ini. Pembaca blog-ku itu menceritakan sekadar mampu melalui perbualan yang tidak kurang lamanya melalui telefon. Beliau memberitahu bahawa gabungan paduan alunan zikir yang dilaungkan secara berjemaah mampu menghasilkan suatu bentuk gelombang bunyi sekaligus membentuk frekuensi magnetik yang mempu menghasilkan paduan cahaya lutsinar yang menghala ke langit lalu sampai kepada para malaikat dan seterusnya diterima oleh Allah. Sungguh lawak aku memikirkannya, tidak ku sangka ada manusia yang cuba membuktikan sehingga ke tahap seperti itu. Sedangkan dalam kalam Allah hanya menyatakan bahawa jika sesuatu itu diperintahkan oleh Allah dan Rasul, maka “samigna wa ‘atho’na” iaitu kami dengar dan kami taat. Ini kerana akal manusia tidak sampai mampu mendahului ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Malah theory karut ini sendiri sebenarnya tidak masuk akal sama sekali lantaran menyanggahi adab dan akhlak dalam berzikir malah seolah-olah Allah itu tidak mengetahui bahawa hambanya sedang buat apa. Sungguh buat aku berkerut sinis, mungkinkah Allah dan malaikat itu suatu ketikanya nanti boleh dihubungi dengan hanya menggunakan teknologi telefon selular dan frekuensi radio yang tertentu. Subhanallah (Maha Suci Allah), benarlah sungguh jahilnya manusia yang meninggalkan kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang sahih. Yang sanggup mencipta-cipta dan meng-ada-adakan corak peribadatan yang baru berdasarkan akal dan menolak kebijaksanaan (ketentuan) Allah 'Azza wa Jalla...

Sebagaimana diberitahukan bahawa fakta-fakta al-Qur’an itu mendahului zaman. Adapun ia diturunkan lebih 1400 tahun yang lampau, namun masih banyak persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh manusia melainkan mengikutinya dengan iman. Salah satunya kerana segala fakta-faktanya tidak pernah walau sekalipun dibuktikan salah oleh seorang manusia jua. Malah kurun demi kurun hanya menampakkan betapa agung-nya ia. Suatu yang tidak pernah difikirkan tiba-tiba muncul di kurun yang berikutnya, manakala al-Qur’an telah awal-awal menyatakannya dari zaman sebelumnya, dangkalnya tidak kurang juga telah ramai yang kecundang lantaran kerana tidak mengimaninya. Apa gunanya untuk lagi meletakkkan rasa kasihan dan takziah kepada yang kecundang, kerana bukan tidak ia diperingatkan? Kepada Allah jualah mereka dikembalikan...

Maka, marilah kita sentiasa memanjatkan doa, supaya diletakkan di atas jalan-Nya yang benar seperti jalannya golongan salafus soleh pendahulu kita yang dijanjikan syurga kekal abadi.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Ali Imran 3: 8)

Janganlah kita alpa lantas membiarkan diri kita dihanyutkan nafsu dan akal fikiran sendiri yang disangkanya maha cerdik. Padahal, hakikatnya kita sendiri harus tahu Dia itulah yang Maha bijaksana, yang mengatur Segala Urusan kita. Yang mana telah dipertunjukkan bermacam tanda dan “sign” dari segenap ufuk timur dan barat, malahan pada tubuh diri kita sendiri.

“Aku wasiatkan kepada kalian agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalanku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunju. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian terhadap perkara yang baru, kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah sesat.” (Pesanan Rasulullah s.a.w., dari ‘Irbadh bin Sariyah; direkodkan dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 3851)

Jangan lah kita jadi seumpama kisah si majnun (si gila) yang mengaku mencintai laila, dan laila juga mencintainya, namun hakikatnya, Laila sedikit pun tidak pernah mengenali majnun.

Wallahu a’lam...



Read More
 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com